30.12.08
Atuk Dalam Kenangan..
Atuk kesayangan kita telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis lalu 25 Disember 2008 jam 8.45 pagi. Alhamdulillah.. segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar sejurus selepas solat Asar pada hari yg sama. Terima kasih kepada semua waris yg pulang pada hari itu. Alhamdulillah juga kerana hampir kita semua sempat menjaga arwah semasa ada hayatnya.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Alfatihah..
1.12.08
INFO: Besday Bulan Disember
Dia sorang2 jek yg sambut besday bulan ni... best giler..
3-12 : Hayati Na'imi Hj Hamdan
"Selamat Hari Jadi adik ku"
9-12 : Rifaa' Hurin Humaira Rosli
22-12: Jasmin Baharuddin
3-12 : Hayati Na'imi Hj Hamdan
"Selamat Hari Jadi adik ku"
9-12 : Rifaa' Hurin Humaira Rosli
22-12: Jasmin Baharuddin
14.11.08
Waris baru Hj. Omar
Alhamdulillah pada tarikh hari ini 14 November 2008, bertambahlah lagi waris Hj. Omar dan Hajah Maimunah bila mana Kak Nurul telah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 2.5kg di PUSRAWI, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 3.31 petang.
Menurut bapaknya baby ini diberi nama Dhiya Hannah binti Nazaruddin yang membawa maksud "sinar kasih sayang kami". Semoga baby ini diberi kasih sayang yang sempurna dari semua waris keluarga kita hendaknya.
Menurut bapaknya baby ini diberi nama Dhiya Hannah binti Nazaruddin yang membawa maksud "sinar kasih sayang kami". Semoga baby ini diberi kasih sayang yang sempurna dari semua waris keluarga kita hendaknya.
2.11.08
INFO: Besday Bulan November
Ramai gak yang bakal sambut hari lahir pada bulan ni...
6-11: Muhammad Wafi & Siti Sarah
7-11: Hajah Azizah Hj. Abdul Salam (Wan Ude)
11-11: Hani Azlin Hj. Hamdan
13-11: Amir Syafiq Hj. Abdullah Ali
22-11: Imran Haqeem Iskandar Kamel
23-11: Aizat Azizan
27-11: Arfah Hj. Omar (Wan Anjang)
6-11: Muhammad Wafi & Siti Sarah
7-11: Hajah Azizah Hj. Abdul Salam (Wan Ude)
11-11: Hani Azlin Hj. Hamdan
13-11: Amir Syafiq Hj. Abdullah Ali
22-11: Imran Haqeem Iskandar Kamel
23-11: Aizat Azizan
27-11: Arfah Hj. Omar (Wan Anjang)
29.10.08
INFO: Terkini* Wan/Ayah Andak mengerjakan haji
Berita terkini - Wan/Ayah Andak telah memohon untuk menunda tarikh ke Mekah dari 31 Oktober (Jumaat) ke 14 November (Khamis), jam 3 Petang. Diberitakan nanti Wan/Ayah Andak akan bermalam dirumah Kak Long Ani di Setapak sehari sebelum berangkat.
24.10.08
22.10.08
Aksi Mohamad Ubaidah
20.10.08
INFO: Wan/Ayah Andak mengerjakan haji
InsyaAllah pada 31hb Oktober (Jumaat) jam 7 mlm Wan/Ayah Andak akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji. Semoga diberikan kekuatan dan keberkatan sepanjang tempoh di sana.
INFO: Besday Bulan Oktober (pembetulan)
Ghopenye ada lg kerabat kita yg sambut hari lahirnya bulan oktober ini...
21-10: Fadzil Hj. Mohd Faizi
21-10: Fadzil Hj. Mohd Faizi
9.10.08
INFO: Besday Bulan Oktober
Hanya satu-satunya anggota famili kita yang menyambut hari lahirnya pada tahun ini iaitu Awatif binti Azizan.
- 15 Oktober.
Happy Birthday sis!!!
- 15 Oktober.
Happy Birthday sis!!!
Jemputan kenduri
"Kami sekeluarga menjemput kome sekeluarga untuk ke upacara akikah Muhammad 'Ubaidah bin Fadzil pada 18/10/08 di Klang" - Kak Long Ida Semurni Hj Abdullah Ali.
8.10.08
Cerite raye
Suasana hari raya thn ni agak suram kat kampung sbb buat pertama kalinya opah ngan atok tak beraya kat kampung bahagia. Sedih gak rasanya tapi nak buat cane dah opah pon tak sihat sangat. Tade yg menarik kat kampung pon cuma aktiviti ziarah biasa famili ayh cho ke umah wan ndak dan wan ndak ke umah ayh cho. Diberitakan kak long hani dan kak yang ina balik beraya ke rumah mertua masing-masing. Abg Ame dah gerak balik penang mlm raya pertama tp seblom tu ada le kat Tk Intan. Famili ayh ngah balik beraya kat kampung kejap raya ketiga. Yang lain tidak diberitakan. Yang pasti 3 ahli kelab jiwa luka mewarnai kesuraman hari raya di kampung....
2.10.08
28.9.08
26.9.08
24.9.08
Model Hari Rayeeee
15.9.08
Majlis Berbuka Posa @ Umah Wan Alang
Hari ahad 14 September 2008 - Majlis berbuka posa beramai2 kali ni berlangsung di ghomah wan alang di Taman Melati, Setapak, KL. Ghamei le jugak yg hadir rata2 dari famili Wan Alang, waris ayah cho dan wan chik. Ayh chik sampai lewat skit sbb baru balik dr KLIA, seblom tu Aizat dtg bersama Athirah dan Aqilah. Berikut adalah antara gambo ketika majlis tersebut.
14.9.08
13.9.08
INFO: Awa dah masuk spital balik
Awa telah kembali ke hospital Ampang untuk meneruskan rawatan kimoterapi. Dia yg sepatutnya masuk 2 minggu lepas tp ditunda kerna takde katil kosong. Kali ni dia di katil bernombor 3 di wad yg sama.
12.9.08
5.9.08
Eksklusif: Tunang Mamat
Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1429 Hijrah
Kedah - RM 7.00
Perak - RM 7.00
Selangor - RM 5.20
Wilayah Persekutuan - RM 5.20
Johor - RM 6.50
Kelantan - RM 7.60
Melaka - RM 6.30
Pahang - RM 7.30
Negeri Sembilan - RM 6.50
Pulau Pinang - RM 7.30
Sabah - RM 7.70
Perlis - RM 5.00 / RM 7.00
Terengganu - RM 6.00 / RM 7.00 / RM 8.00
Sarawak - RM 7.50
- Jangan lupa bayo tau!!!
Perak - RM 7.00
Selangor - RM 5.20
Wilayah Persekutuan - RM 5.20
Johor - RM 6.50
Kelantan - RM 7.60
Melaka - RM 6.30
Pahang - RM 7.30
Negeri Sembilan - RM 6.50
Pulau Pinang - RM 7.30
Sabah - RM 7.70
Perlis - RM 5.00 / RM 7.00
Terengganu - RM 6.00 / RM 7.00 / RM 8.00
Sarawak - RM 7.50
- Jangan lupa bayo tau!!!
4.9.08
Sabrina Sofea
Exam UPSR
Tahun ni Wani bakal mengakhiri persekolahan peringkat rendah bila dia bakal menduduki peperiksaan UPSR bermula 9 hb September 2008. Dia juga merupakan satu2nya sepupu yang termuda dan terakhir masih bersekolah rendah. Selepas ini anak2 sedara kita pulak yang mengharung persekolahan.
Selamat berjaya adik ku!
Selamat berjaya adik ku!
2.9.08
INFO: Besday Bulan September
Bulan September jatuh pada bulan Ramadhan. Mengambil dari keberkatan bulan yang mulia ini, berikut adalah antara sanak sedara yang menyambut hari lahirnya:
2-9 : Hamidah Mohamad (Kak Ida Abg Baha)
8-9 : Khairuddin Abdul Hamed
16-9 : Norzawani Kaharuddin (Wani)
17-9 : Sabrina Sofea Saiful Rizal / Kaharuddin Mohd Dan (Ayah Anjang)
22-9 : Hajah Hajar Hj Omar (Wan Andak)
2-9 : Hamidah Mohamad (Kak Ida Abg Baha)
8-9 : Khairuddin Abdul Hamed
16-9 : Norzawani Kaharuddin (Wani)
17-9 : Sabrina Sofea Saiful Rizal / Kaharuddin Mohd Dan (Ayah Anjang)
22-9 : Hajah Hajar Hj Omar (Wan Andak)
Mutiara kata
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
INFO: Awa masuk spital balik
Awa akan meneruskan rawatan kimoterapi kembali di hopital Ampang setelah berehat selama 2 minggu dirumah bermula 3hb September. Diharap Awa akan cepat sembuh hendaknya. InsyaAllah kalo tade aral melintang dapatlah Awa pulang beraya bersama famili di hari raya nanti.
29.8.08
Bulan Ramadhan muncul kembali
InsyaAllah tak lama lagi umat Islam seluruh dunia ini akan menyambut bulan Ramadhan. Maka sebulan lah kita semua bakal menunaikan rukun Islam yang ketiga. Dikesempatan kemunculan bulan yang mulia ini marilah kita bermaafan sebelum kita mengerjakan ibadat ini. Ampunkan segala dosa dan halalkan makan dan minum sepanjang hidup didunia. Jadikan peluang yang ada pada bulan ini untuk kita mencari keberkatan dan pahala yang berilipat kali ganda untuk bekalan diakhir masa nanti.
Wallahualam.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!
Wallahualam.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Marilah kita menghayati erti kemerdekaan sebenar. Jangan sia-siakan kehidupan kita yang telah sedia merdeka. Jauhkan dari semua bentuk penjajahan diri. Semoga kita hidup dalam keadaan sempurna, aman dan bahagia.
28.8.08
26.8.08
INFO: Arif Johari Abdullah Ali
Genap sebulan Arif menempatkan diri sebagai pekerja di Codesbridge sdn bhd beribukan pejabatnya di Kelana Jaya. Tapi Arif ditempatkan ke banggunan MDEC, Cyberjaya. Ada chan malichan le kena pau dengan gue.. ngeh ngeh ngeh! Siti.. jom lepak kedai resipi rahsia...
udah ade blog yea?
alhamdulillah... sedikit sebanyak ada jugak nukilan dr waris2 haji omar nie, moga2 usaha yg murni ini akan dapat diteruskan utk jd tatapan waris2 yg lain dan jugak yg bukan waris dan jugak yang akan jadik bakal waris, ngeheheheeeee, jgn tunggu lama2, lemau kang yeop & yong!
25.8.08
INFO: Besday Bulan Ogos
Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Maka bersempena dgn itu maka ramai le wagheh2 kita sambut hari lahir. Berikut adalah antaranya:
15-8 : Arif Johari Hj. Abdullah Ali
19-8 : Hafiz Zaki Hj. Hamdan
28-8 : Iskandar Kamel Hj. Mohamed Nor
29-8 : Nazaruddin Abdul Hamed
19-8 : Hafiz Zaki Hj. Hamdan
28-8 : Iskandar Kamel Hj. Mohamed Nor
29-8 : Nazaruddin Abdul Hamed
Selamat Hari Lahir Yop!
INFO: Opah Atok @ KL
Untuk pengatahuan, opah ngan atok ada dok kat umah wan alang kat Tmn Melati untuk sementara waktu ni. Rajin2 la waris2 kita ziarah deme ek.
INFO: Awa rehat @ Putrajaya
INFO: Yati berkonvo
Tanggal 24hb (ahad) ogos 2008 tercatat sejarah untuk Hayati Na'imi apabila selamat berkonvo pada majlis konvokesyen ke-7 Universiti Tun Hussien Onn di Batu Pahat, Johor. Tahniah sis! Bunga abg ame dah beli tapi ko kencing sama gua maka dah dibuang la bunga tu.. huahuahua..
Subscribe to:
Posts (Atom)