29.3.09

Kenduri arwah

Setelah genap seminggu arwah Awa meninggalkan kita, Wan Chik sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat pada hari Jumaat (27/03/2009) selepas solat Isyak. Alhamdulillah, waris2 keluarga yang terdekat telah datang mengimarahkan majlis. Terima kasih semua.

22.3.09

Awatif kembali ke rahmatullah

19 Mac 2009, 8 mlm: Doktor di Hospital Ampang telah mengesahkan Awatif Binti Azizan telah kembali ke rahmatullah setelah 8 bulan menderita penyakit Leukimia. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Percint 20, Putrajaya.


Al-Fatihah

12.3.09

Aizat tokey burger

Aizat kini bergelar usahawan burger bersama rakan kongsinya di Selayang. Gerainya terletak berhampiran pintu pagar belakang Hospital Selayang. Waktu operasi adalah dari jam 6 ptg hingga ke larut malam. Sapa2 nak order burger atau terlintas kat area Selayang boleh le singgah di gerai burger Aizat.

6.3.09

Terkini: Awa

Awa tak dapat menjalani rawatan bone marrow sebab sel darahnya masih dijangkiti virus. Skang ni Awa kerap demam dan Wan Chik sudah mengambil cuti untuk menjaganya. Mulai minggu depan Awa akan menjalani rawatan harian di Hospital Ampang dan tidak dimasukkan ke hospital lagi buat masa ini.

5.3.09

Opah @ Klang

Minggu lepas ayah uda bawak opah dok kat Klang. Sape2 kelapangan moh le jengok opah kat umah ayah uda. Setidak2nya mengubat rindu kat cucu2 dan cicit2 dia.

3.3.09

INFO: Besday Bulan Mac

3-3: Hj. Mohamed Nor Hj. Omar (Ayah Cho); Hj. Hamdan Zakaria (Ayah Ndak)

11-3: Saleha Hj. Baharom (Wan Ngah); Noranalina Kaharuddin (Kak Ngah Nina)

12-3: Rosli Hasbi

14-3: Siti Azlina Ishak (Ayong)

20-3: Mohd Hakimi Ishak (Kimi)

26-3: Amri Akbar Hj. Abdullah Ali (Am)