29.8.08

Opah & Atok



Hajah Maimunah & Haji Omar

Bulan Ramadhan muncul kembali

InsyaAllah tak lama lagi umat Islam seluruh dunia ini akan menyambut bulan Ramadhan. Maka sebulan lah kita semua bakal menunaikan rukun Islam yang ketiga. Dikesempatan kemunculan bulan yang mulia ini marilah kita bermaafan sebelum kita mengerjakan ibadat ini. Ampunkan segala dosa dan halalkan makan dan minum sepanjang hidup didunia. Jadikan peluang yang ada pada bulan ini untuk kita mencari keberkatan dan pahala yang berilipat kali ganda untuk bekalan diakhir masa nanti.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!


Wallahualam.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Marilah kita menghayati erti kemerdekaan sebenar. Jangan sia-siakan kehidupan kita yang telah sedia merdeka. Jauhkan dari semua bentuk penjajahan diri. Semoga kita hidup dalam keadaan sempurna, aman dan bahagia.

26.8.08

INFO: Arif Johari Abdullah Ali

Genap sebulan Arif menempatkan diri sebagai pekerja di Codesbridge sdn bhd beribukan pejabatnya di Kelana Jaya. Tapi Arif ditempatkan ke banggunan MDEC, Cyberjaya. Ada chan malichan le kena pau dengan gue.. ngeh ngeh ngeh! Siti.. jom lepak kedai resipi rahsia...

udah ade blog yea?

alhamdulillah... sedikit sebanyak ada jugak nukilan dr waris2 haji omar nie, moga2 usaha yg murni ini akan dapat diteruskan utk jd tatapan waris2 yg lain dan jugak yg bukan waris dan jugak yang akan jadik bakal waris, ngeheheheeeee, jgn tunggu lama2, lemau kang yeop & yong! 

25.8.08

Cucu cicit Haji Omar & Hajah Maimunah

Power Rangers Junior

Athirah a.k.a Kakak ngan Fatin


Awa dokong Nashran
(gambo ikhsan pixellifes.fotopages)

Irfan
(gambo ikhsan pixellifes.fotopages)

INFO: Besday Bulan Ogos

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Maka bersempena dgn itu maka ramai le wagheh2 kita sambut hari lahir. Berikut adalah antaranya:

15-8 : Arif Johari Hj. Abdullah Ali

19-8 : Hafiz Zaki Hj. Hamdan

28-8 : Iskandar Kamel Hj. Mohamed Nor

29-8 : Nazaruddin Abdul Hamed

Selamat Hari Lahir Yop!

INFO: Opah Atok @ KL

Untuk pengatahuan, opah ngan atok ada dok kat umah wan alang kat Tmn Melati untuk sementara waktu ni. Rajin2 la waris2 kita ziarah deme ek.

INFO: Awa rehat @ Putrajaya



Setelah lebih 3 minggu Awa buat rawatan kimoterapi, doktor telah memberi pelepasan untuk berehat kat umah. Buat masa ni Awa dibawak balik ke Putrajaya. Lepas 2 minggu nanti masuk le balik ke Hospital Ampang, Pandan Indah.

INFO: Yati berkonvo

(gambo ikhsan dari koleksi friendster Yati)

Tanggal 24hb (ahad) ogos 2008 tercatat sejarah untuk Hayati Na'imi apabila selamat berkonvo pada majlis konvokesyen ke-7 Universiti Tun Hussien Onn di Batu Pahat, Johor. Tahniah sis! Bunga abg ame dah beli tapi ko kencing sama gua maka dah dibuang la bunga tu.. huahuahua..

23.8.08

Pencetus

Dengan ucapan bismilla hirrahma nirrahim, maka terjelmalah ruangan untuk famili besar Hj Omar. InsyaAllah segala aktiviti keluarga dapat dipaparkan untuk dikongsi bersama-sama seisi keluarga.