18.6.09

Some Pics Kenduri @ Sueharto

mamat & wife

pengapit yg kelaparan
acara baling2

sofea bersama gula2nya


kanak2 riang

org kuat majlis ni..
acara jgn lupe lirik..

2.6.09

Majlis Akad Nikah Mamat

Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. dengan sekali lafaz Mohd Azhari Ishak dengan rasminya menjadi suami kepada Nordiana Abd Rahman (Yana). Walaupon keletihan kerana mengharung perjalanan yang jauh Mamat tetap kontrol hensem sepanjang majlis. Kimi ditugaskan menjadi pengapit agak gugup kerana ini merupakan tugasan pertama dalam hidupnya.

Rombongan pengantin lelaki telah ditempatkan di rumah 'Home Stay' Felda Semenchu kira-kira 5 km dari rumah pengantin di Felda Air Tawar 5. Kumpulan pertama yg terdiri dari anak beranak Ayah Ngah telah smp ke destinasi pada sebelah petang jumaat, ayah uda dan wan uda agak terlewat 2 jam dari rombongan pertama tersebut. Manakala rombongan kedua yg terdiri dari keluarga wan andak, wan anjang dan Abg Ame tiba kira-kira jam 1 pagi angkara termasuk dalam konvoi Jom Heboh ke JB sepanjang perjalanan dilebuhraya utara selatan.

Majlis akad nikah dijadualkan pada jam 8.30 pg sabtu. Rata-rata ahli rombongan masih lagi dalam kepenatan mengagahkan diri hadirkan ke majlis tersebut. Selepas acara akad nikah di masjid, rombongan di pelawa ke rumah pengantin untuk bersarapan sambil mendengar bacaan berzanji. Selepas itu, rombongan berehat di rumah tumpangan utk berehat sementara menunggu jam 2 petang utk acara persandingan kedua memperlai. Rombongan pengantin telah disajikan dengan acara tarian zapin selepas pengantin melepasi tol yg dikenakan oleh tuan rumah. Sekali lagi Kimi gugup dengan keadaan yang tak pernah dialaminya. Ketika rombongan menikmati jamuan makan tengahari yang disediakan, pihak tuan rumah menyajikan persembahan karaoke yg tak bole blaaah... bagi menghiburkan diri sendiri pihak rombongan terpaksa menyanyi sendiri yg diketuai oleh Abg Ame... bengong btoi la pakcik tu.. pichthing hancusssss.. Selesai majlis tersebut semua rombongan beransur pulang dari rumah pengantin dan menuju Desaru untuk sesi cuti-cuti Malaysia yg ditaja oleh pengantin lelaki.. hehee

Rombongan keluarga pengantin telah di tempatkandi chalet Desaru Resort. Aktiviti utama petang itu adalah mandi manda seisi keluarga. Ayang Anjang yg paling excited petang tu... hehehehe. Pada sebelah malamnya aktiviti BBQ diadakan bagi memenuhkan perot yg kosong akibat keletihan mandi manda petangnya. Antaranya menunya adalah ayam, kepah dan udang dipanggang, jagung bakar dan banyak lagi.. maleh nak cite. Jam 11 mlm BBQ berakhir dan yg tinggal mengemas hanya beberapa kerat jek sbb yg lain suma dah masuk tido awai... letih gile sehh... (ckp org johor sehh.. kerek lak lu)

Tepat jam 12 tghari, kesemua rombongan bertolak balik ke destinasi masing2... perjalanan mmg amat jauh dan amat memenatkan. Walaubagaimanapon, ianya meninggalkan memori dan kenangan yang amat indah untuk para ahli rombongan. InsyaAllah ada lagi aktiviti selepas ni.

1.6.09

INFO: Besday Bulan Jun

15-6: Mohd Azhari Ishak (Mamat)